Baka & Jenis

Dwarf
. Netherlands Dwarf (Origin : Netherlands)
Baka kacukan antara Polish & arnab liar yang kecil. Pelbagai warna dan corak. Self, bayangan, agouti, corak tan, fawn, himalayan, jingga, steel, tortoiseshell. Bulu pendik dan padat. Telinga berbulu, tegang dan nampak pendik jika dibandingkan dengan kepala. Bulu warna hitam semulajadi. Berat < 2 1/2 lbs. Suka mengigit; tidak sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.
Wooly
. Jersey Wooly (Origin : New Jersey)
Arnab yang kecil yang mempunyai genetik kerdil. Badan pendek, padat dan bulat. Berbulu panjang, lebat dan gebu. Panjang yang ideal 2-3". Berbagai warna. Berat < 3 1/2 lbs
Hotot (Origin : France)
. Hotot
Mata putih dengan cecincin hitam. Berbadan pendek, padat dan bulat. Badan sekata lebar dari bahu hingga ke pinggang. Kepala besar dengan tengkorak dan muncung yang lebar, Telinga pendik dan berbulus. Berat standard 8-11 lbs; berat yang kerdil < 3 lbs. Gambar menunjukkan jenis kerdil Hotot
Lop Ears
. Holland Lop
Kacukan diantara Dwarf-French Lop dengan English Lop. Berbulu pendek, Berotot berat. Berat < 4 lbs.Kaki pendik, tebal, lurus dan tulang berat jika dibandingkan dengan saiznya. Baka yang terbaik
. English Lop
Paling popular. Badan jenis Mandolin. Telinga sangat panjang dan lop. Panjang minima 21" dan lebar 1/4 dari panjangnya.Terlampau pandai berkawan. Berat > 9lbs
. French Lop
Kacukan antara English Lop & Flemish Giants. Berbadan berat. Besar dan nampak tebal. Telinga berbentuk hand horse-shoe; dan panjang sehingga kira-kira 1-1 1/2" dibawah rahang bawah. Berat >10 lbs.
Smoke Pearl Cashmere Lop Seal Point Cashmere Lop
Black Cashmere Lop  Red-eye White Cashmere Lop
. American Fuzzy Lop
Juga dikenali sebagai Cashmere Lop. Kacukan antara Holland Lop dengan Angora. 19 warna bulu - biru, chestnut, chinchilla, lynx, opal, squirrel, pointed white, blue-eyed white, coklat, ungu lembut, ruby-eyed white, sable point, siamese sable, siamese smoke pearl, tortoise shell (hitam & biru), fawn, hitam dan jingga. Berbadan pendik, berotot padat. Berwajah bulat spserti bola dan muka yang rata. Tiada tengkuk. Berbulu lebat , halus dan panjang 1-2". Telinga tergantung lurus ke bawah, sehingga 1/2-1" dibawah tulang rahang. Berat 3 1/2-4 lbs.
Angora (Origin : Ankara, Turkey)
. Giant Angora
Baka tulin Giant Angora berwarna putih. Mata merah delima. Serba boleh. Berat > 9 1/2 lbs. dengan bulu yang lembut, halus, Guard hairs yang tegang dan lurus dengan fluff yang berketak dengan guard tip di celah-celah.
. Satin Angora
Salah satu baka yang paling cantik tetapi kurang popular diantara Baka Angora. Pengeluar bulu seperti sutera dan berkilat. Berat 6 1/2- 9 1/2 lbs.
. French Angora
Besar sedikit, dengan badan yang panjang dan kecil jika dibandingkan dengan English Angora. Pengelur bulu yang baik, tetapi kasar. Telinga mempunyai jambak bulu. Berbagai warna termasuk putih padat dan bercorak. Berat 7 1/2-10 1/2 lbs.
. English Angora
Paling comel dan paling popular. Mempesonakan. Badut di dalam kumpulannya. Muka dan telinga gebu dan ceria & ini membuat ia seperti stuffed animals. Berbadan padat, cobby dan ini membuat ia serupa bola berbulu. Berbulu panjang & seperti sutera. mata merah pekat delima . Lemah lembut. Terlalu bersifat ingin tahu dan pandai berkawan dengan manusia. Arnab rumah yang terbaik. Terkecil dari jenis Angora. Berat 5-8 lbs.
Rex (Origin : France)
Mini Rex Castor Rex
Seal Point Rex
Berwana hitam, biru, broken group, californian, castor, chinchilla, cokelat, himalayan, ungu lembut, lynx, opal, merah, sable, seal tortoise & putih. Terlalu lebat, bulu lurus 5/8" . Lemah lembut dan semulajadinya baik. Haiwan kesayangan yang baik. Selalunya berat diantara 7 1/2-10 1/2 lbs. Berat "mini rex" 3-4 1/2 lbs.
Satin (Origin : Indiana, USA)
. Satin
Nama diperolehi dari ciri-ciri bulunya yang sangat berkilat. Bulu seperti sutera, halus, lebat dan tebal. Berwarna putih kuning, hitam, biru, pecahan, californian, chinchilla, cokelat, tembaga, merah, siamese & putih. Berat 8 1/2-11 lbs.
New Zealand (Origin : America)
. New Zealand
Warna putih, hitam & biru. Bulu berwarna merah keemasanterang lebih kasar jika dibandingkan dengan warna lain. Berbadan panjang dan berotot. Berat 9-12 lbs.
Harlequin (Origin : France)
. Magpie Harlequin
. Japanese Harlequin
Kepala berwarna hitam, Telinga, kaki dan badan berwarna biru, cokelat, ungu lembut. Badan berbelang dengan warna-warna ini dan berselang dengan warna jingga keemasan untuk Japanese dan putih bagi Magpie. Kepala terbahagi dua dengan setiap
bahagian berselang warna dan warna telinga berlawan dengan warna kepala. Berat 6 1/2- 9 1/2 lbs.
Dutch (Origin : Holland)
. Lynx Dutch
Arnab yang bergaya. Warna: hitam, biru, torte & cokelat, kuning, kelabu steel, kelabu perang & kelabu mutiara. Tanda putih yang jelas dan ketara; dada, kaki depan, blaze (warna putih di hidung dan misai dan bersambung hingga ke tulang rahang) & tapak kaki berwarna putih. Boleh dijadikan haiwan kesayangan yang terbaik. Berat 3 1/2-5 1/2 lbs. Walaupun bersaiz kecil tetapi banyak daging susuk badan padat. Kehilangan sikit daging selepas proses.
Havana (Origin : Holland)
. Havana
Warna bulu hitam, biru atau cokelat pekat. Bulu lembut, lebat & menarik dan tidah sederhana panjang. Mata merah delima. Badan bulat dan padat. Jenis pedaging. Haiwan kesayangan yang baik. Berat 4.5-6.5 lbs.
Himalayan
. Himalayan
Pembawaan yang jinak. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berwarna cokelat, hitam, biru & ungu lembut di telinga, hidung, ekor, & kaki. Mata berwarna merah batu delima. Bulu pendek putih dan licin berkilat. Badan panjang dan berbentuk silinder. Berat 2 1/2-4 1/2 lbs.
Lilac
. Lilac
Kacukan Havana. Mempunyai bidang badan yang kecil tetapi mempunyai daging yang banyak. Daging selepas proses masih tinggi. Mempunyai bulu yang lebat dan seperti sutera dan berwarna merah jambu dove shade di seluruh badan. Berat 5 1/2-8 lbs.
Vienna
. Vienna White (Origin : Austria)
Tegap. Berat 8-12 lbs. 2 warna - Biru Vienna dengan warna gelap biru di bahagian atas, & cerah di bahagian bawah cerah & putih Vienna.
Beveren (Origin : Beveren, Belgium)
. Beveren
Pengeluar daging dan bulu. Salah satu arnab besar yang mengeluarkan bulu. Berwarna cerah biru lavender, putih, berkilat, hitam dengan biru gelap sebagai latarbelakang, perang & ungu lembut. Ada juga jenis yang jarang didapati yang dipanggil Pointed Beveren warna sama tapi warna puith dihujung bulu. Ciri yang ketara untuk bulu warna putih ialah mata birunya. Badan
jenis Mandolin. Haiwan kesayangan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anggaran berat 8-12 lbs.
Tan
. Tan (Origin : Derbyshire, England)
Kacukan arnab liar Dutch. Ada bahagian badan yang berwarna keemasan perang dan bahagian lain berwarna hitam, biru, coklat atau ungu lembut. Berat 4-6 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.
Silver
. Silver (Origin : France)
Berwarna kelabu, fawn & perang, bulu pendik, berkilat dengan undercoat biru perak. Berat 4-7 lbs. Gambar menunjukkan perak kehitaman - paling popular. Haiwan kesayangan yang baik
. Silver Fox (Origin : Ohio, USA)
Hitam berkilat dengan warna perak. Baka daging yang diminati. Peratus daging yang tinggi selepas diproses. Salah satu baka yang popular dengan bulunya. Luar biasa panjang, lebat dan warna perak yang serata. Bulu lebih panjang jika dibandingkan dengan bulu baka arnab komersial yang biasa; bulu yang lebih halus. Berat 9 -12 lbs. Lemah lembut. Baka yang mudah dipelihara. Ibu yang cemerlang. Boleh sesuaikan diri dengan semua cuaca.
. Silver Marten
Dikenali sebagai Silver Fox di England. (tidak sama dengan Silver Fox di America) Hitam, biru, cokelat, sabel dengan hujung warna perak dari perut hingga ke tepi dan punggung kecuali bahagian belakang. Berat 6-9 1/2 lbs.
Chinchilla (Origin : France)
. American Chinchilla
Baka yang mempunyai bulu yang terbaik. Lebat dan halus 1 1/4" panjang. Licin dan berkilat. Bulu di bahagian bawah selalunya biru, bahagian tengah kelabu mutiara, menjurus ke warna putih dan hujung berwarna hitam. Bulu panjang dan hitam. Berbadan bulat. Juga dikenali sebagai Heavyweight Chinchilla. Berat 9-12 lbs. Berat Chinchilla gergasi ialah 12-16 lbs, manakala berat Chinchilla yang standard ialah 5-7 1/2 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.
English Spot
. English Spot
Pada asalnya ianya mirip kepada Checkered Giant. White rabbit yang mempunyai hidung rama-rama yang berwarna, tanda berantai, pipi bertompok, telinga berwarna & jaluran herringbone biru, tortoiseshell berwarna hitam, keemasan, ungu lembut, kelabu atau cokelat. Juga dipanggil Lapin Papillon Angalias di Perancis atau arnab rama-rama Inggeris kerana hidungnya berbentuk rama-rama. Berbadan panjang dan melengkung. Cepat membesar, dan pengeluaran daging selepas diproses tinggi pada peringkat yang muda. Berat 5-8 lbs.
Sable
. Sable
2 jenis: Marten Sable dengan warna putih di bahagian bawah atau Siamese Sable yang tidak mempunyai warna putih di bahagian bawah. Berbulu sutera yang lebat. Sangat tenang.
. American Sable
Kacukan Chinchilla. Berwarna cokelat sepia yang pekat di kepala, telinga, belakang, kaki & bahagian atas ekor. Berbulu lembut, lebat, halus dengan bulu bahagian luar yang kasar. Berat 7-10 lbs.
Satin Sable
Rhinelander (Origin : Germany)
. Rhinelander
Arnab pedaging dengan bulu yang lebat dan seperti sutera. Bertanda putih dengan hitam & jingga keemasan terang (6-8 tanda bulat di kedua-dua belah badan, dan juga tanda di tulang belakang, bertanda seperti rama-rama di hidung, bulatan di mata, telinga berwarna dan tompok bulat di pipi). Berat 6 1/2-10 lbs.
Palomino (Origin : Washington, USA)
. Palomino
Warna keemasan, lynx c.Berat 8-11 lbs.
Britannia Petite (Origin : Britain)
. Britannia Petite
Baka yang paling biasa ialah berwarna putih dan bermata merah. Pembawaan yang buruk. Tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Mempunyai mata yang berwarna biru dan merah. Bulu yang pendik dan halus. Fly back coat. Berat < 3 1/2 lbs. Berwarna putih, hitam otter, hitam, biru, cokelat, chestnut agouti, sable marten. Bulu yang licin berkilat dan seperti sutera.
Florida (Origin : Florida)
. Florida White
Kacukan antara Dutch, Polish & New Zealand White. Warna putih tulin. Agak pendek, berbadan bulat. Berat 4-6 lbs.
Cinnamon (Origin : Montana)
. Cinnamon
Kacukan antara New Zealand White-Chinchilla dengan Checkered Giant-Californian. Warna rust atau cinnamon dengan warna kelabu asap di belakang dan kelabu di perut. Di bahagian bawah berwarna jingga. Tompok rust di bahagian dalam kaki belakang dan tanda seperti rama-rama di hidung dan keliling mata. Berat 8 1/2-11 lbs.
Giant
. American Checkered Giant (Origin : Germany)
Kacukan Flemish Giant. Berat >11 lbs. Warna putih dan bertanda hitam dan biru (di sepanjang tulang belakang , tompokan di badan, pipi, telinga berwarnas, dan keliling mata dan tanda rama-rama di hidung). Tanda-tanda menyerupai English, kecuali tiada tanda chain. Berbadan panjang dan berbentuk baik. Berat > 11 lbs
. Flemish Giant (Origin : Flanders)
 
Berwarna hitam, blue, fawn, kelabu cerah, kelabu sandy, kelabu dark steel, putih. Berbadan panjang. Rangka berat. Berat 13-14 lbs & lebih
Alaska (Origin : Germany)
. Alaska
Kacukan Argente dengan Himalayan. Berat 6-8 1/2 lbs. Gemuk pendik. Tengkuk tak berapa nampak. Bulu hitam dan berkilat, & matt di perut. Mata perang gelap & kuku kaki yang gelap.
Californian (Origin : USA)
. Californian
Kacukan antara Himalayan, Standard Chinchilla & New Zealand White. Warna putih dengan hitam, cokelat, hidung, telinga, kaki dan ekor warna biru dan ungu lembut. Mata merah. Bulu pendik dan licin. Berbadan bulat. Tenang & lemah lembut. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berat 8-10 1/2 lbs.
Belgian (Origin : Flanders, Belgium)
. Belgian
Haiwan domestik yang mula-mula menjadi kegilaan . Berbadan panjang, refined, berbentuk cantik. Kaki dan telinga panjang. Warna latarbelakang merah pekat, tan atau deep chestnut dengan biru slate blue dan border hitam sepanjang badan dan keliling telinga. Bulu kasar. Berat 6- 9 1/2 lbs.
Argente (Origin : France)
. Argente de Creme
Terkecil dari baka Argente. Deskripsi terbaik ialah Orange Silver. Mirip de Champagne. Warna dibawah ialah terang, jingga. Bahagin atas krim putih dan berbulu panjang berwarna jingga. Berat 8-11 lbs.
. Argente de Champagne
Warna perak - warna bahagian bawah biru gelap & bahagian atas biru keputihan dengan hitam. Hitam pekat semasa dilahirkan; bulu puith akan keluar semasa umur kira-kira 4 bulan. Berbadan gempal. Berat kira-kira 9-12 lbs.
American
. American
Berwarna biru dan putih. Berbadan mandolin-typed melengkung sedikit dan meruncing di bahagian bahu. Berat 9-12 lbs
Dipetik daripada : http://www.jphpk.gov.my/Malay/bakaarnab.htm